Mauro Andres Olivi (tengah) dijatuhkan pemain Ceres La Salle FC, Martinez De Murga (tiga kiri) pada aksi Piala AFC di Stadium Selayang. FOTO STR/OWEE AH CHUN.
Mauro Andres Olivi (tengah) dijatuhkan pemain Ceres La Salle FC, Martinez De Murga (tiga kiri) pada aksi Piala AFC di Stadium Selayang. FOTO STR/OWEE AH CHUN.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Selangor gagal meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 0-0 ketika bertemu wakil Filipina, Ceres La Salle pada perlawanan peringkat Kumpulan E, Piala AFC di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Ceres hampir di depan pada minit ke-27, tetapi sepakan percuma yang diambil pemain tengah Manuel Ott berjaya di tanduk keluar pertahanan Selangor Mohd Azrif Nasrulhaq.

Minit ke-31 giliran tonggak import Selangor, Mauro Olivi pula hampir menggegar gawang lawan, tetapi sepakan rendahnya menerusi gerakan solo berjaya di tepis keluar penjaga gol Ceres Louie Michael Casas.

Olivi terus mengancam kubu Ceres pada minit ke-41, tetapi sepakan kaki kirinya dari luar kotak penalti sedikit tersasar ke kiri gawang gol lawan.

Minit ke-61 giliran Jason Sabio hampir meletakkkan Ceres di depan tetapi tandukannya menerusi sepakan sudut melewati palang gol.

Jaringan Azrif pada minit ke-73 pula dibatalkan pengadil kerana ofsaid sebelum sepakan percuma Olivi lima minit selepas itu sedikit tersasar ke kiri gawang gol Ceres.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 10:51 PM