KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. FOTO Rosela Ismail
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. FOTO Rosela Ismail
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Petaling Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung laporan dikeluarkan wartawan satu laman portal yang didakwa menyentuh sensitiviti keagamaan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keterangan wartawan terbabit sudah diambil dan polis sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Saya mengingatkan semua pihak bukan pengamal media sahaja jangan sentuh isu sensitif terutama isu agama.

"Jangan kerana satu undi, isu ini dimainkan menyebabkan keadaan tegang berlaku," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sebelum ini wartawan laman portal itu dikatakan menulis artikel menyentuh sensitiviti agama semasa membuat liputan majlis seorang Ahli Dewan Undangan NegeriBarisan Nasional, baru-baru ini di Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 10:59 AM