Ismail memeriksa perbarisan Sambutan Hari JPJ Malaysia 2016 Ke 70 Peringkat Kelantan hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Ismail memeriksa perbarisan Sambutan Hari JPJ Malaysia 2016 Ke 70 Peringkat Kelantan hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Permit Kenderaan Asing (VEP) yang diperkenalkan kerajaan akan memudahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memantau kemasukan dan pergerakan kenderaan asing ke dalam negara secara terperinci.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, fasa pertama perlaksanaan VEP akan bermula Jun di sempadan Malaysia-Singapura, diikuti Malaysia-Thailand dan Indonesia secara berperingkat-peringkat.

"Setiap kenderaan dari negara di sempadan masuk ke dalam negara wajib berdaftar dengan JPJ, dalam tempoh selama 90 hari sebarang kesalahan undang-undang dilakukan, boleh dikenakan saman atau hukuman lebih tegas.

"Kita juga yakin VEP mampu kekang masalah lambakan kereta klon. Kita sudah bersiap sedia untuk penguatkuasaan lebih agresif," katanya.

Beliau terdahulu merasmikan Sambutan Hari JPJ Malaysia 2016 Ke 70 Peringkat Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ negeri Mahasan Mustapa.

Katanya, sebanyak 1, 535 unit kereta klon dianggarkan bernilai RM76 juta dirampas sejak 2014 sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 2:51 PM