FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Siraj Mohd Zaini


Shah Alam: Polis berjaya memberkas empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dengan sindiket pemalsuan wang haram RM100 di sebuah rumah di Taman Desa Jerum, Jenjarum, Banting, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, dalam serbuan jam 2.30 pagi itu polis merampas empat sampul surat yang setiap satunya berisi RM1,000 wang palsu.

Beliau berkata, turut dirampas sebuah mesin cetak, unit pemprosesan pusat (CPU), 27 keping wang RM100 yang belum dipotong, 43 keping wang RM100 belum siap dicetak, alat pengering rambut, sebuah kereta dan empat unit telefon bimbit pelbagai jenama.

"Daripada lima suspek ditahan yang berumur 28 hingga 48 tahun itu, dua daripadanya adalah suami isteri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 489D dan 489C Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:55 PM