KEADAAN bot yang terbakar. FOTO ihsan bomba
KEADAAN bot yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Mohamed Arsyad Md Yassin


Hutan Melintang: Empat bot nelayan terbakar di sebuah jeti di Kampung Bagan Lipas, Selekoh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, kebakaran membabitkan tiga bot seberat 25 tan dan sebuah bot lagi seberat 11 tan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 11.15 malam dan segera ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian kami mendapati kesemua bot terbakar antara 80 dan 40 peratus.

"Api berjaya dipadamkan pada jam 2.04 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Katanya, punca serta nilai kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 9:31 AM