Mayat ke-15 dibawa menggunakan kenderaan polis ke Balai Polis Hutan Melintang. FOTO Mior Azlan
Mayat ke-15 dibawa menggunakan kenderaan polis ke Balai Polis Hutan Melintang. FOTO Mior Azlan

Hutan Melintang: Satu lagi mayat lelaki ditemui menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam kejadian bot karam di perairan Selangor pagi tadi setakat ini, 15 orang.

Mayat itu dibawa ke Balai Polis Hutan Melintang dari Jeti Hutan Melintang kira-kira 7 malam tadi.

Sehingga 10 malam, 15 mayat ditemui dengan 13 daripadanya wanita, manakala selebihnya lelaki.

Mangsa yang terselamat pula 19 orang, satu daripadanya wanita, manakala selebihnya lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 10:32 PM