Kamal pada pelancaran program terbaru Rangkaian Televisyen MPB sepanjang tahun ini. FOTO
Kamal pada pelancaran program terbaru Rangkaian Televisyen MPB sepanjang tahun ini. FOTO
Syanty Octavia Amry

Kuala Lumpur: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) hari ini melancarkan program terbaru mereka sepanjang tahun ini.

Antara yang menarik ialah Studio 8, CJ Wow Shop dan drama bersiri 150 episod kolaborasi bersama Indonesia dan Pakistan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB Datuk Kamal Khalid berkata, MPB tahun ini cuba memfokuskan kepada golongan urban.

"Menjadi satu fenomena apabila orang tidak hanya menonton di televisyen tetapi juga di lain-lain akses seperti dalam talian.

"Justeru, strategi kami ialah dengan mengikuti di mana mereka, di situ kami akan pergi. Disebabkan itulah kami melancarkan program jualan dalam talian CJ Wow Shop serta menaik taraf laman web Tonton.

"Dalam penghasilan drama-drama baru, kali ini kami bekerjasama dengan Indonesia menerusi drama Dia dan Pakistan dalam drama Sara Sajeeda," katanya.

Sebanyak 12 program baru ditampilkan antaranya Hero, 3 Juara, Misteri Wan Peah, Doktor, Apa Tu? dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 9:37 PM