TIMBALAN Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Basaruddin Sadali (tengah) bergambar bersama pengacara rancangan CJ WOW SHOP ketika majlis perlancaran. Turut kelihatan, Kamal (lima kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun (enam kiri). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Media Prima Television Networks melancarkan rangkaian televisyen bersepadu dan platform mudah alih serta dalam talian beli belah inovatif iaitu CJ WOW SHOP.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamal Khalid berkata, inisiatif terbaru itu membolehkan orang ramai untuk membeli belah secara lebih selesa dan menikmati pengalaman beli belah baru.

"CJ WOW SHOP akan menawarkan pelbagai produk seperti kelengkapan rumah, kecantikan, fesyen dan digital," katanya pada pelancaran CJ WOW SHOP di sini, hari ini.

Produk yang bakal ditawarkan turut merangkumi produk inovasi terkini dari Korea di mana ia akan mula bersiaran di empat rangkaian televisyen di bawah Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 dengan pembelian boleh dilakukan melalui platform dalam talian CJ WOW SHOP bermula 1 April ini.

Orang ramai boleh menyaksikan CJ WOW SHOP di saluran TV3 pada jam 6 hingga 7 pagi setiap hari, NTV (6 pagi hingga 1 petang), 8TV (6 hingga 9 pagi) dan TV9 (10 pagi hingga 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari hingga 4 petang) dan layari laman web CJ WOW SHOP di www.cjwowshop.com.my atau mendapatkan maklumat lanjut di talian bebas tol 1800-18-0808.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 4:17 PM