KANE (kiri) merembat bola melepasi penjaga gol Stoke di Stadium Britannia.
KANE (kiri) merembat bola melepasi penjaga gol Stoke di Stadium Britannia.
AFP

Stoke-on-Trent, England: Bintang Tottenham Hotspur Harry Kane dan Dele Alli berjanji akan terus menekan pendahulu Leicester City dalam perlumbaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas berkongsi gol ketika membenam Stoke City 4-0, awal pagi semalam.

Dua pemain England itu masing-masing menyumbang dua gol ketika Spurs mencatat kemenangan mengagumkan di laman lawan sekali gus menyaksikan kelab utara London itu merapatkan jurang kepada lima mata berbanding pendahulu Leicester dengan baki empat perlawanan.

Bertindak baik di Stadium Britannia milik Stoke sudah lama dianggap satu ujian getir bagi mana-mana calon juara dan terbukti Spurs masih berpeluang merangkul kejuaraan Inggeris buat kali pertama sejak 1961, apabila mereka mencatat kejayaan berganda dengan memenangi liga Divisyen Satu dan Piala FA dalam musim sama.

“Persembahan menakjubkan,” kata Kane selepas mengumpul 26 gol dalam semua pertandingan musim ini.

“Stoke tempat yang sukar dan menang dengan cara ini membuktikan kekuatan pasukan ini. Kami akan terus mencabar,” ujarnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:55 AM