Razer, peneraju menerusi segmen peranti dan perisian permainan kini memperkenalkan set kepala tanpa wayar baru untuk komputer riba, Razer ManO’War, yang menawarkan pengalaman audio permainan berkualiti tinggi bersama gred permainan kejuruteraan tanpa wayar antena bagi memastikan ia berada pada tahap prestasi tertinggi.

Dengan saluran bunyi 7.1 yang disokong oleh enjin perisian Razer Surround, produk terbaru Razer ini menyediakan penyambungan ultra-kompak sehingga 12 meter (39 kaki), namun bagi memaksimumkan keseronokan, secara alternatif pengguna boleh memilih untuk menggunakan sambungan tambahan yang lebih panjang sehingga 14 meter (46 kaki).

Selain sistem audio, ia turut mempunyai set pembesar suara di dalamnya yang boleh dilaras melalui Kawalan Tindakan Pantas serta berupaya memainkan muzik antara 14 hingga 20 jam tanpa henti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:08 AM