Pesawat milik Sunbird Aviation yang terhempas . - Foto Facebook Sunbird Aviation
Pesawat milik Sunbird Aviation yang terhempas . - Foto Facebook Sunbird Aviation
Anggota keselamatan Papua New Guinea  memeriksa bangkai pesawat. - Foto ABC
Anggota keselamatan Papua New Guinea memeriksa bangkai pesawat. - Foto ABC
AP

Sydney: Seramai 12 orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh selepas pesawat ringan mereka naiki terhempas di ketika hendak mendarat di satu lapangan terbang pedalaman Papua New Guinea.

Australia mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam nahas itu yang menurut media negara berkenaan, juruterbang pesawat syarikat penerbangan Sunbird Aviation dikenali sebagai Benjamin Picard.

Komander Wilayah Barat Papua New Guinea, Joseph Puri, berkata pesawat berkenaan menghampiri lapangan terbang di bandar Kiunga apabila ia terhempas ke dalam paya cetek.

Sebuah helikopter syarikat perlombongan tempatan yang terbang di kawasan itu menerbangkan tiga mangsa yang terselamat ke sebuah hospital di Kiunga namun mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 4:16 PM