HELIKOPTER membawa keluar mayat askar yang terkorban di zon bergolak Papua. FOTO Kompas
HELIKOPTER membawa keluar mayat askar yang terkorban di zon bergolak Papua. FOTO Kompas
Reuters

JAKARTA: Tiga askar Indonesia terbunuh selepas diserang kumpulan pemberontak dalam pertempuran di wilayah bergolak Papua, kata tentera semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menyertai sepasukan 25 anggota tentera diserang hendap oleh kira-kira 70 ‘penjenayah bersenjata’, lapor Reuters yang memetik kenyataan tentera.

“Pasukan itu bertempur hingga kumpulan penjenayah itu masuk semula ke kawasan hutan. Tiga orang anggota mati dalam pertempuran itu.

“Sepuluh orang pemberontak dipercayai mati dalam kejadian itu namun hanya satu mayat ditemui,” katanya.

Indonesia menempatkan ratusan anggota tentera baru-baru ini untuk membina lebuh raya utama bagi menghubungkan kawasan terpencil di wilayah yang kaya dengan sumber asli itu, selepas 16 pekerja pembinaan dibunuh pemberontak tahun lalu.

Sejak itu, pertempuran antara pemberontak dan tentera Indonesia menyebabkan ratusan penduduk kampung melarikan diri ke Nduga di barat Pulau New Guinea.

Helikopter milik TNI yang digunakan untuk mengevakuasi para korban pekerja di Nduga, Papua. FOTO Kompas

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 12:02 PM