Khairul Idham akan bermula di petak keenam esok. FOTO Amir Irsyad Omar
Khairul Idham akan bermula di petak keenam esok. FOTO Amir Irsyad Omar
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi daripada Honda Team Asia akan bermula di petak keenam Grand Prix Catalunya di Litar Barcelona-Catalunya esok.

Khairul Idham atau popular dengan panggilan Super KIP mencatat masa satu minit 54.392 saat di Sesi Kelayakan Masa hari ini.

Seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin dari Drive M7 SIC Racing Team bermula dari petak ke-25 (1'55.576s).

Petak utama diraih Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) selepas mencatat masa 1'54.024s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 9:01 PM