Aksi Chong Wei menentang Axelsen pada suku akhir Terbuka Malaysia hari ini. FOTO AFP
Aksi Chong Wei menentang Axelsen pada suku akhir Terbuka Malaysia hari ini. FOTO AFP
Oleh Ferzalfie Fauzi


Shah Alam : Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia selepas mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark sebentar tadi.

Chong Wei mencatat kemenangan 21-14, 21-13 dalam perlawanan yang memakan masa 40 minit di Stadium Malawati.

Esok dia akan bertemu seorang lagi jaguh Denmark, Jan O Jorgensen yang sebelum itu mengalahkan Lin Dan (China) 21-17, 21-4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 9:47 PM