FOTO Zaid Salim
FOTO Zaid Salim
Zaid Salim

Kuala Terengganu: Warga emas terselamat biarpun karam berhampiran muara Sungai Terengganu, di sini, awal pagi ini.

Abdul Wahab Ismail, 67, dari Kuala Ibai, hanya berpaut pada tong minyak selepas bot pesisir pantai Kelas A miliknya karam dibadai ombak, pada 5.30 pagi.

Dia bernasib baik apabila dua nelayan tempatan yang melalui kawasan berkenaan menyelamatkannya, pada 6.15 pagi.

Abdul Wahab kemudiannya dibawa ke Jeti Nelayan Pulau Kambing sebelum kejadian dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Balai Bomba Jalan Kota, Zulbahry Sulong mengesahkan pihaknya ada terima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu dan sebelas anggota, satu jentera dan dua bot ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa terbabit sudah diselamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:47 PM