PEMAIN THT meraikan kejayaan menewaskan KLHC di Stadium Hoki Bandaraya Kuala Terengganu.
PEMAIN THT meraikan kejayaan menewaskan KLHC di Stadium Hoki Bandaraya Kuala Terengganu.
Oleh Faizul Azlan Razak


Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Terengganu (THT) meleburkan rekod tanpa kalah juara bertahan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila menang besar 5-1 dalam saingan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Pertembungan dua pasukan teratas itu menyaksikan THT bermula garang apabila membuka jaringan minit ke-8 menerusi gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.

Pasukan bimbingan Sarjit Singh yang turun dengan misi membalas dendam, tewas pada pusingan pertama, menambah jaringan menerusi pemain import Korea Selatan, Seo Jong Ho pada minit ke-17 dan 31.

Rakan senegara Jong Ho, Jang Jong Hyun pula menjaringkan dua gol sudut penalti minit ke-22 dan 38.

KLHC yang dibimbing Muhammad Dhaarma Raj mendapat gol tunggal menerusi Mohd Syamim Mohd Yusof (m-45).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:05 AM