KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah wartawan selepas selesai sidang media khas berkenaan tarikh pembubaran Dewan undangan Negeri Sarawak di Wisma Bapa, Kuching, semalam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah wartawan selepas selesai sidang media khas berkenaan tarikh pembubaran Dewan undangan Negeri Sarawak di Wisma Bapa, Kuching, semalam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Suruhanjaya Pilihran Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, hari ini berhubung pembubaran DUN negeri itu.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR hanya akan mengadakan mesyuarat khas selepas tarikh pembubaran DUN Sarawak berkuatkuasa iaitu pada 11 April ini.

"Mesyuarat khas itu bagi memutuskan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 termasuk tarikh penting seperti hari penamaan calon, pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan.

"Ia juga akan membincangkan persiapan yang akan diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubar pada 11 April ini bagi memberi laluan untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Beliau dipetik berkata, tarikh itu sudah diperkenan secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam satu pertemuan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 5:17 PM