DILABEL bertaraf antarabangsa tidak membebankan mereka.
DILABEL bertaraf antarabangsa tidak membebankan mereka.
Georgie Joseph


Berbekalkan lagu hit #Supergirls, De Fam berjaya melonjak tinggi dalam kedudukan artis baru disegani.

Aura yang tampil seiring pada tiga anggotanya sepantas kilat membuka mata ramai terhadap mereka.

Di sebalik kejayaan demi kejayaan yang dituai sejak meledak tahun lalu, kumpulan dianggotai Azira, 25, Manggis, 27, dan Sophia, 26, ini bagaimanapun mula terpalit dengan kata-kata sinis.

Seperti juga pendatang baru lain, De Fam turut dambakan pencapaian manis dalam industri muzik.

Namun kritikan pedas yang diterima sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 7:22 AM