Oleh Wahi Aziz

Shah Alam: Di Pintu Syurga (ciptaan dan lirik Tam Spider & Iman Imran) nyanyian Dayang Nurfaizah mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 bersama sebelas lagu lain, malam tadi.

pada 18 Januari depan bersama 11 lagu lain.

Keputusan itu diumumkan pada minggu ketiga separuh akhir Muzik-Muzik (MM) 29 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini.

Turut layak adalah Rentak Laguku (Sam Bunkface) - Bunkface & Amy Search, Sesal Separuh Nyawa (Alif Tiga, Aidil/Shah Shamsiri & Alyah) - Alyah, Lelaki ciptaan dan nyanyian Yuna, Apa Khabar (Sona One & Joe Flizzow) - Joe Flizzow, Malaikat (Omar K & Hazama) - Hazama, Romancinta (Edry Abdul Halim) - Mojo, Gilalah (Omar K, Mike Chan & Stacy) - Stacy, Percayalah (Aiman & Mohd Atlas) - Indah Ruhaila, Gadis Jolobu (DJ Fuzz, Waris & Datuk Hattan) - Waris & Datuk Hattan dan Matahari (Ajai & Transformer Melayu) - Hafiz.

Pada persembahan minggu ketiga separuh akhir MM29 itu, lagu lain yang dipertandingkan adalah Al Haq (Jeff A to Z, Sheikh Qalam & Mawi) - Datuk AC Mizal & Mawi, Cinta Makrifat (Erma Fatima) - Ronnie & Marsha, Jodoh Berdua (Azlan Abu Hassan & Hafiz Hamidun) - Hafiz Hamidun, Mewangi (Aiman) - Akim & The Magistrate dan Tak Pernah Berjumpa (Edry Abdul Halim) - Forteen.

Acara turut diserikan persembahan jemputan oleh bintang dangdut, Haiza, yang mendendangkan Dag Dig Dug dan kumpulan Eva (Bulan Cinta).

Kesemua tiga puluh lagu bertanding dalam peringkat separuh akhir diadili Datuk Mokhzani, LY, Helen Yap, Damien Mikhail, Ad Samad dan diketuai Azmeer. Ia diacarakan AG dan Scha Al Yahya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 1:12 AM