KONSEP kontemporari semakin digemari ramai.
KONSEP kontemporari semakin digemari ramai.

Jelas Pengarah Eksekutif MCT Group, Datuk Lim Kok Boon, semua keperluan majlis perkahwinan ada di sini bermula daripada pakaian, jurugambar, pendaftaran perkahwinan, pakej bulan madu hinggalah lokasi penggambaran.

“Kami membuat transformasi kepada bangunan atau komponen sedia ada dengan pusat beli-belah yang mempunyai ‘tema’ tersendiri.

“Pusat perkahwinan ini sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan lokasi ini sebagai destinasi membeli-belah yang menarik dikunjungi.

“Pelbagai produk perkahwinan boleh didapati dengan mudah oleh bakal pengantin kerana kami faham memang agak remeh untuk menyelesaikan semua perkara sendiri bagi memastikan majlis berjalan lancar,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, beberapa label fesyen pakaian pengantin me­ngambil tempat memperkenalkan rekaan menarik mereka di atas pentas peragaan.

Kehadiran supermodel Malaysia, Amber Chia dan selebriti, Steve Yap memeriahkan lagi pentas peragaan. Amber Chia yang mengenakan gaun kembang daripada

Whiskey dan beberapa model lain yang menggayakan persalinan rekaan James Mok Couture, Double S Vanity, KN Keyng dan Bill Keith Couture memberi idea segar buat bakal pengantin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 6:30 AM