Radovan Karadzic (kanan).
Radovan Karadzic (kanan).
Agensi

The Hague: Bekas pemimpin pengganas Serb Bosnia, Radovan Karadzic semalam dihukum penjara 40 tahun selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada 1995 dan sembilan lagi jenayah perang ketika perang di Bosnia.

Karadzic yang dibicarakan di sebuah mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didapati bertanggungjawab secara jenayah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica yang menyebabkan 8,000 penduduk Islam terbunuh.

Karadzic yang dibicarakan di sebuah mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga didapati bertanggung jawab terhadap kepungan selama tiga tahun di Sarajevo, yang menyebabkan ribuan penduduk di bandar itu maut.

Mahkamah mendapati Karadzic melakukan jenayah terhadap kemanusian di beberapa bandar dan kampung sepanjang perang Bosnia pada awal 1990-an.

Ketua Hakim, O-Gon Kwon dalam penghakimannya berkata, kempen yang menyebabkan penduduk Serb, Islam dan Croat dibom dan dibunuh penembak tepat oleh pengganas Serb yang mengepung Sarajevo tidak mungkin berlaku tanpa sokongan Karadzic.

Karadzic, 70, mempimpin pengganas Serb sepanjang perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 yang menyebabkan 100,000 penduduk maut.

Pemimpin itu ditangkap pada 2008 selepas 11 tahun melarikan diri dan didakwa 11 pertuduhan termasuk dua pembunuhan beramai-ramai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 7:10 AM