TELEFON pintar iPhone SE dipaparkan di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. FOTO AFP
TELEFON pintar iPhone SE dipaparkan di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. FOTO AFP
Afiq Hanif


San Francisco (Amerika Syarikat): Apple memperkenalkan iPhone SE bersaiz kecil dengan paparan 4.0 inci dan resolusi Retina 1136x 640 piksel di sini, awal pagi tadi.

Ia akan ditawarkan dengan empat warna iaitu hitam, kelabu, emas dan merah jambu.

iPhone SE mempunyai rekaan yang sama dengan iPhone 5 namun kuasa dalamannya seperti iPhone 6s yang dikeluarkan tahun lalu.

Telefon pintar ini menggunakan CPU A9 64 bit dengan kelengkapan pemprosesan M9 selain turut memiliki pengimbas cap jari pada butang Home.

Kamera belakangnya juga sama hebat dengan 6s dengan sensor 12MP F2.2 selain mampu merakam video sehingga resolusi 4K 60fps malah rakaman gerak perlahan boleh dilakukan dengan tetapan HD Penuh 1080p 120fps atau HD 720p 240fps.

Apple turut memperkenalkan iPad Pro baru yang lebih kecil dengan paparan 9.7 inci.

Tablet ini mempunyai beberapa ciri yang didapati pada iPad Pro 12 inci yang diperkenalkan tahun lalu termasuk keupayaan digunakan dengan papan kekunci dan stylus.

Apple akan mula mengambil pesanan bagi kedua-dua produk baru pada Khamis untuk penghantaran di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand and Singapura pada 31 Mac.

Ia akan dijual di pasaran lain mulai April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 11:22 AM