AFP

Montreal: Peluang Kanada bagi pertemuan Piala Davis menentang Perancis terjejas selepas Milos Raonic (gambar) dan Daniel Nestor diketepikan kerana kecederaan, umum Tennis Canada semalam.

Raonic, pemain nombor 13 dunia, diketepikan kerana kecederaan paha dialami pada Terbuka Australia.

Pakar beregu Nestor menarik diri daripada pasukan yang berkunjung ke Guadeloupe kerana masalah peribadi, menurut satu kenyataan.

“Saya amat bersedih tidak dapat menyertai pasukan bagi aksi Piala Davis di Guadeloupe,” kata Raonic.

“Piala Davis sering menjadi keutamaan dalam jadual saya. Badan saya ketika ini tidak membenarkan saya bertanding kerana koyak tisu otot dialami di Australia belum pulih sepenuhnya.”

Nestor akan terlepas aksi Piala Davis buat kali kedua dalam tempoh 15 tahun.

“Saya kecewa tidak boleh berada di sana bersama pasukan minggu ini,” ujar Nestor.

Perlawanan hujung minggu ini dilangsungkan di gelanggang tanah liat terbuka di Velodrome Amedee Detraux. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 8:27 AM