REAKSI Djokovic selepas menewaskan Fritz. FOTO AFP
REAKSI Djokovic selepas menewaskan Fritz. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Novak Djokovic tidak mempedulikan kecederaan otot di perut ketika menewaskan Taylor Fritz dengan lima set di Terbuka Australia hari ini dan menganggapnya antara kemenangan yang paling istimewa.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu mengakui dia berdepan kekangan masa untuk kembali pulih menjelang aksi pusingan keempat menentang Milos Raonic.

"Saya tahu otot saya koyak, jadi saya tak tahu sama ada boleh pulih dua hari lagi," katanya.

Pemain nombor satu dunia itu tampak boleh bertahan sehinggalah terpaksa berhenti seketika untuk rawatan pada set ketiga.

Walaupun tampak tidak selesa, dia masih mampu mempamerkan aksi terbaik di set kelima sebelum menewaskan pilihan ke-27 itu 7-6 (7/1), 6-4, 3-6, 4-6, 6-2 dalam masa tiga jam 25 minit.

"Menuju penghujung set keempat, saya mula bertambah baik. Saya hanya cuba bertahan dan mengharap. Ia sudah tentu salah satu kemenangan paling istimewa dalam kehidupan saya." .

Djokovic akan menentang pemain berservis kencang, Raonic di pusingan keempat selepas pilihan ke-14 itu menewaskan pemain Hungary, Marton Fucsovics dengan empat set.

Pemain Serbia itu menewaskan Raonic dengan straight set pada suku akhir Terbuka Australia tahun lalu tetapi sama ada dia akan sekali lagi beraksi kali ini belum dapat dipastikan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 10:15 PM