JIANGKANG mendengar keterangan gurunya.
JIANGKANG mendengar keterangan gurunya.

Beijing: Sebuah sekolah di kawasan pedalaman di wilayah Hubei di China mungkin boleh dianggap sekolah paling sunyi di dunia apabila hanya seorang murid belajar di situ.

Akademi Pengajian Taohuagou kini dihadiri oleh Liu Jiangkang dan dia dibimbing oleh satu-satunya guru yang masih berkhidmat di situ, Liu Zhaoming.

Menurut guru berkenaan, sebelum ini, sekolah itu mempunyai 300 murid.

Bagaimanapun, hampir semua kanak-kanak itu dibawa keluarga masing-masing untuk berhijrah ke bandar lebih besar kerana peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Ibu bapa Jiangkang terpaksa meninggalkannya untuk tinggal bersama-sama datuk dan neneknya sementara mereka bekerja di bandar lain.

Laporan portal berita Guangming Online melaporkan, sekolah itu pernah mempunyai 300 murid dan 30 guru.

Menurutnya, ia satu lagi kesan akibat penghijrahan penduduk ke bandar kerana mencari pekerjaan.

Di sesetengah kawasan, kanak-kanak tidak bernasib baik ditinggalkan untuk membesar tanpa kehadiran ibu bapa mereka, atau dalam kes ini, tanpa rakan sepermainan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 6:22 AM