KEADAAN banjir di Kampung Melayu Pangkalan, Bau. pix ihsan JPAM
KEADAAN banjir di Kampung Melayu Pangkalan, Bau. pix ihsan JPAM
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Jumlah mangsa banjir di empat daerah di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan pagi ini berbanding malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sehingga 8 pagi tadi, 7,177 mangsa daripada 1,822 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

Menurutnya, jumlah itu menurun 459 orang berbanding 7,636 mangsa yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Katanya, penurunan itu berlaku berikutan penutupan 10 pusat pemindahan pagi ini.

"Beberapa kawasan terjejas mula menunjukkan trend air surut dan mengharapkan keadaan cuaca baik hari ini dan banjir pulih dengan cepat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 9:12 AM