Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 8,218 mangsa daripada 1,847 keluarga setakat jam 8 pagi tadi berbanding 10,512 mangsa semalam.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, mangsa ditempatkan di 45 pusat pemindahan di empat bahagian di negeri ini.

Di Kuching seramai 4,817 mangsa daripada 957 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan.

Di Samarahan, 2,079 mangsa daripada 512 keluarga di 13 pusat pemindahan, diikuti 78 mangsa daripada 21 keluarga di sebuah pusat penempatan di Mukah.

Di Limbang, 1,244 mangsa daripada 357 keluarga di lima pusat pemindahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 10:40 AM