DADAH yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis

Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Tiga lelaki yang memiliki dadah syabu, heroin dan eramin 5 seberat 111.95 gram (g) dipercayai untuk dijual ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Alor Setar Selatan 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek berusia 36, 38, dan 41 tahun yang menaiki kereta pada mulanya ditahan anggota polis trafik yang curiga dengan tindak tanduk mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui satu beg kecil mengandungi 11 paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 100.43 g.

€œTurut ditemui di dalam beg itu dua paket plastik lutsinar heroin seberat 10.33 g dan dua biji pil disyaki eramin 5 seberat 1.19 g.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui satu beg sandang milik suspek berusia 38 tahun mengandungi wang tunai sebanyak RM2,200 disyaki hasil jualan dadah,€ katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Adzaman berkata, mereka direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 7:40 PM