MANGSA dibawa turun oleh anggota JPAM. FOTO Mohammad Ishak
MANGSA dibawa turun oleh anggota JPAM. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


Besut: Penuntut perempuan dari Politeknik Kota Bharu pengsan ketika berada di puncak Bukit Keluang, Besut, 11 pagi tadi.

Berikutan itu, Nurul Faritin Farhana Mat Nor, 20, terpaksa diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Pegawai JPAM Besut, Suhaimi Awang berkata, mangsa dikatakan mendaki bukit setinggi 141 meter bersama beberapa rakannya bermula 10 pagi.

"Maklumat awal yang kami perolehi mendakwa mangsa tidak sedarkan diri ketika dia dan rakannya berada di puncak bukit.

"Mangsa yang dibawa turun kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 6:05 PM