JURURAWAT di Singapura menyediakan kelambu sebagai langkah berjaga-jaga untuk pesakit yang dijangkiti virus Zika.
JURURAWAT di Singapura menyediakan kelambu sebagai langkah berjaga-jaga untuk pesakit yang dijangkiti virus Zika.
PEKERJA kawalan serangga di Singapura melakukan kerja penghapusan nyamuk aedes.
PEKERJA kawalan serangga di Singapura melakukan kerja penghapusan nyamuk aedes.
KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Kinta sedang melakukan saringan suhu badan bagi memantau penyebaran virus Zika kepada  penumpang yang tiba di LTSAS.
KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Kinta sedang melakukan saringan suhu badan bagi memantau penyebaran virus Zika kepada penumpang yang tiba di LTSAS.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Penumpang dari Singapura yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini, mula menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada virus Zika.

Tinjauan Harian Metro di LTSAS mendapati beberapa kakitangan jabatan kesihatan ditempatkan di pintu masuk ketibaan untuk melakukan saringan kesihatan.

Pengurus Lapangan Terbang Malaysia Airport Sdn Berhad LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan pemeriksaan rapi mencegah penularan Zika.

“Lapangan terbang di sini bukan seperti lapangan terbang antarabangsa yang menempatkan peralatan perubatan lengkap, jadi sekiranya ada penumpang dikesan mempunyai virus berkenaan, kita akan terus menghantar ke Klinik Kesihatan Gunung Rapat,” katanya ketika ditemui di LTSAS, di sini, semalam.

Mohd Ali berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang makluman mengenai kes virus Zika.

“Kadar penumpang masih tidak terjejas serta memenuhi 80 peratus pesawat,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan jabatan kesihatan berkata, setiap penumpang akan menjalani proses saringan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.

“Kita hanya memeriksa penumpang yang tiba dari Singapura sahaja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:16 AM