TANGKI menyimpan methanol yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
TANGKI menyimpan methanol yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Siraj Mohd Zaini


Pelabuhan Klang: Tangki yang menyimpan 65 tan methanol di Liquid Park Terminal Pelabuhan Barat, di sini, terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, 12 anggota dan pegawai bomba daripada Balai Bomba Kota Raja dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kerja pemadaman turut dibantu 20 anggota bomba Westport yang tiba terlebih dulu di lokasi kejadian.

"Api dikawal 5.30 petang dan kerja penyejukan tangki terbabit menggunakan busa.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat 6 petang selepas pihak Lembaga Pelabuhan Klang memindahkan methanol dari tangki yang terbakar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 11:02 PM