SELAIN rendah kolesterol, ia tinggi protein serta kaya nutrien seperti magnesium, kalium, sodium dan vitamin.
SELAIN rendah kolesterol, ia tinggi protein serta kaya nutrien seperti magnesium, kalium, sodium dan vitamin.
Oleh Siti Zarinah Sahib


Masyarakat kini mulai menyedari pentingnya menjaga kesihatan. Ini mendorong mereka memikirkan mengenai makanan organik yang dikembangkan dan dikeluarkan secara semula jadi iaitu tanpa ubat-ubatan, hormon, antibiotik, vaksinasi, pewarna dan perisa tiruan.

Pada asasnya, makanan organik dikeluarkan secara semula jadi berdasarkan apa yang dilakukan nenek moyang ratusan tahun lalu.

Namun, untuk mendapatkan makanan yang dihasilkan secara semula jadi bukanlah sesuatu yang mudah. Sudah pasti hasilnya terbatas dan harganya tentu jauh lebih mahal. Bagi

mereka yang ingin mengamalkannya boleh mencuba dengan menggunakan bahan masakan yang tidak mengandungi kolesterol tinggi.

Antaranya menggunakan minyak zaitun, minyakb sayur-sayuran atau menggunakan soya sebagai ganti santan.

Walaupun mungkin rasanya kurang enak berbanding menggunakan santan, lama-kelamaan sekiranya anda sudah biasa, ia tidak menjadi sesuatu yang luar biasa kepada anda. Soya mempunyai pelbagai khasiat, selain kolesterol rendah soya mengandungi protein yang tinggi serta kaya nutrien seperti magnesium, kalium, sodium dan vitamin. Anda boleh mencuba menghasilkan mi kari menggunakan susu kacang soya sebagai ganti susu.

Bahannya:

- 2 tangkai daun kari

- 300 gram lengkuas

- 50 gram serbuk kunyit

- 10 gram halia

- 300 gram bawang putih

- 50 gram buah keras

- 20 gram jintan manis

- 10 gram halia

- 100 gram cili kisar

- 150 gram minyak biji anggur

- 1 paket serbuk kari

- 1 batang serai

- 400 gram susu kacang soya organik

- 3500ml air

- 37 gram Garam Himalaya

- 20 gram serbuk perisa

Cara menyediakannya:

1. Masukkan daun kari, bawang putih, serai, lengĀ­kuas, jintan manis, halia, buah

keras dan kacau sehingga naik bau.

3. Tambahkan susu kacang soya dan air. Biarkan mendidih.

4. Rebus mi sehingga lembut bersama sayur-sayuran bendi, kacang panjang dan terung.

5. Sedia dihidangkan ketika masih panas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 5:05 AM