MENGGABUNGKAN seni dalam ruang dalaman.
MENGGABUNGKAN seni dalam ruang dalaman.

Sempena sambutan Hari SSF, 23 cawangan di seluruh negara mengadakan tawaran harga istimewa.

Ia turut membabitkan 30 peratus tawaran harga untuk lebih 30,000 produk hingga 17 Februari ini.

SSF antara rangkaian pusat sehenti hiasan rumah yang paling kreatif di negara ini.

Syarikat yang diasaskan warga tempatan itu turut menggabungkan falsafah seni dalam kehidupan.

Lebih puluhan ribu produk menarik dan mampu dimiliki seperti perabot, hiasan rumah, kelengkapan bilik tidur, permaidani, langsir, jam, lukisan, lampu, peralatan dapur, kelengkapan bilik mandi, perkakas rumah, bunga dan tanaman hiasan selain hantaran serta perkahwinan.

Pada masa sama bilik pameran SSF menggabungkan produk daripada kategori yang berbeza secara kreatif.

Selain memberi penekanan kepada enam unsur deria berbeza termasuk ruang, warna, pandangan, pendengaran, rasa dan sentuhan.

Malah SSF turut menawarkan perabot dengan reka bentuk yang unik dan barangan hiasan rumah eksklusif dalam memberi inspirasi kepada pelanggan untuk membina gaya kediaman dengan cita rasa tersendiri.

SSF berkembang maju sejak penubuhan dan turut mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan 23 cawangan di seluruh negara.

Jika anda tercari-cari pusat sehenti bagi semua kelengkapan rumah dan keperluan reka bentuk dalaman, SSF adalah tempatnya.

Maklumat lanjut layari www.ssfhome.com atau Facebook ssfsdnbhd dan Instagram ssfsdnbhd.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 5:01 AM