AZMI keluar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Oktober 2015. FOTO fail NSTP Ahmad Irham Mohd Noor.
AZMI keluar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Oktober 2015. FOTO fail NSTP Ahmad Irham Mohd Noor.
Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan menghasut yang dihadapi pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya berkata, semua pendakwaan terhadap Azmi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 diberhentikan.

Menurutnya keputusan itu dibuat bagi menegakkan keadilan dan selepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang memberi keterangan di mahkamah.

Pada 2 September 2014, Azmi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009.

Dia yang mengaku tidak bersalah, didakwa menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah, di sini, pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 10:50 AM