ANGGOTA JPAM menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
ANGGOTA JPAM menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Jempol menangkap ular tedung selar sepanjang lima meter dalam ladang di Felda Pasoh 3, di sini, hari ini.

Anggota JPAM, Azirul Akhmar Abd Aziz berkata, ular itu ditangkap empat anggota ketika sedang membaham biawak dalam ladang berhampiran kolam.

Katanya, dalam tangkapan 11.30 pagi, kehadiran reptilia berbisa seberat 25 kilogram itu disedari penduduk yang sedang mengutip kelapa sawit.

"Selepas menerima panggilan kecemasan, kami bergegas ke kawasan terbabit dan memerlukan sejam untuk mencekupnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 3:12 PM