Enjin kereta api Ekspress Rakyat terbakar di stesen Keretapi KTMB Sungai Gadut, Seremban. FOTO ihsan bomba
Enjin kereta api Ekspress Rakyat terbakar di stesen Keretapi KTMB Sungai Gadut, Seremban. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Seramai 310 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth, Pulau Pinang berdepan detik mencemaskan apabila enjin pada bahagian kepala gerabak kereta api Ekspress Rakyat terbakar di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Gadut, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.20 petang, pemandu kereta api itu melecur pada tapak tangan.

Ketua Bahagian Komunikasi KTMB Ridwan Arshad berkata, kejadian itu berpunca daripada kerosakan enjin yang menyebabkan satu gerabak terbakar.

Katanya, nasib menyebelahi penumpang apabila kejadian berkenaan berhampiran stesen KTMB Sungai Gadut.

"Lebih 100 penumpang sudah diturunkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebakaran dan operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba Negeri Sembilan yang bermula jam 2.50 petang tadi," katanya ketika dihubungi.

Ridwan berkata, semua penumpang kini menunggu kereta api gantian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 4:17 PM