SETIAUSAHA Politik Menteri Kerja Raya, Fazzrudin Abd Rahman membantu wanita warga emas di Kampung Gita Laut.
SETIAUSAHA Politik Menteri Kerja Raya, Fazzrudin Abd Rahman membantu wanita warga emas di Kampung Gita Laut.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Keadaan bah di selatan negeri ini bertambah buruk apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara pagi tadi.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Misnu Taha berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak iaitu daripada 617 tengah malam semalam kepada 2,685 mangsa sehingga 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, semua mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di Kuching dan Bau.

"Kita jangkakan keadaan di kawasan terjejas akan bertambah buruk kerana air pasang besar antara 5 petang hingga 7 malam ini.

"Kita sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan diharap mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir memberi kerjasama sekiranya diarahkan berpindah," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bencana di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Misnu berkata, air pasang besar dijangka berlaku pada esok pagi dan beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, katanya, hujan dijangka berkurangan bermula esok sehingga Jumaat dan diharap dapat memulihkan keadaan banjir di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 2:18 PM