Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Seramai 6,558 penduduk dipindahkan ke 30 pusat pemindahan membabitkan sembilan daerah di negeri ini sehingga 7 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan berkata, terbaru jam 7 pagi tadi seramai 73 murid sekolah berasrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang di Lawas terpaksa dipindahkan ke Dewan Masyarakat Trusan kerana kawasan sekolah dijangka dinaiki air.

"Proses pemindahan masih giat di jalankan di beberapa kawasan terjejas kerana hujan masih berterusan dan dijangka keadaan bertambah buruk menjelang petang ini kerana air pasang besar dijangka setinggi kira-kira enam meter.

"Pemantauan akan terus dijalankan terutama di penempatan tepi sungai yang mula dinaiki air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 9:59 AM