LALUAN ke Gua Angin yang dinaiki air. FOTO ihsan SFC
LALUAN ke Gua Angin yang dinaiki air. FOTO ihsan SFC
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bau: Dua hutan simpan iaitu Gua Angin dan Gua Pari di sini, terpaksa ditutup bermula hari ini untuk sebarang aktiviti berikutan laluan ke kawasan itu dinaiki air sejak petang semalam.

Dalam kenyataan SFC di sini, hujan lebat berterusan sejak pagi semalam menyebabkan laluan ke dua gua itu dinaiki air kira-kira 0.5 hingga satu meter dan tidak dapat dilalui.

Katanya, selain itu, limpahan air sungai berhampiran turut menyebabkan bahagian dalam Gua Angin dinaiki air.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Tempahan Taman Negara di talian 082-248088 atau lawati laman sesawang http://ebooking com.my.

Gua Angin dan Gua Pari akan dibuka kepada pengunjung sebaik keadaan pulih seperti biasa. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan dari semasa semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 3:22 PM