FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bau: Mayat seorang pekerja warga Indonesia yang tersangkut pada salur air kolam ikan di Jalan Lama Bau-Kuching berjaya dikeluarkan pada 11.50 malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Khusnady, 31, terjatuh dalam kolam ikan ketika bekerja kira-kira 6.30 petang.

Arus deras menyebabkan mayat mangsa hanyut, masuk dalam saluran air kolam ikan dan terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Li Hii berkata, bomba terpaksa mengorek tanah menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan mangsa yang tersangkut.

Operasi menyelamat yang bermula 6.30 petang tamat sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 10:19 AM