Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah (tengah) bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa (kiri) serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS), Datuk Abdul Wahab Abdullah (kanan) meninjau bangunan Lokap Berpusat Jinjang. - Foto AIZUDDIN SAAD

Contoh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi di Lokap Berpusat Jinjang Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur. - Foto Ihsan PDRM
Contoh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi di Lokap Berpusat Jinjang Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur. - Foto Ihsan PDRM
Oleh Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat keselamatan pengawasan lokap dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pintar.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya bekerjasama dengan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) bagi pemasangan CCTV pintar berkenaan

Katanya, sehingga kini ada 58 lokap di seluruh negara menggunakan kamera pintar dan Lokap Berpusat Balai Polis Jinjang di sini, dijadikan projek perintis.

"Pemasangan CCTV pintar itu memudahkan polis mengesan cubaan bunuh diri atau pergerakan mencurigakan dalam kawasan lokap kerana sistem itu akan membunyikan penggera.

"Penggera akan berbunyi jika sistem mengesan pergerakan dalam dan luar lokap, termasuk cubaan melarikan diri oleh Orang Kena Tahan (OKT)," katanya ketika ditemui pada Majlis Taklimat Lokap Pintar di Balai Polis Jinjang di sini, pagi ini.

Menurut Zulkifli, jika projek perintis berkenaan memberikan kesan positif pihaknya akan mengesyorkan ia digunakan di semua lokap seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 2:56 PM