PADI angin yang relai sebelum tempoh matang.
PADI angin yang relai sebelum tempoh matang.
BIJI benih padi boleh disebarkan melalui jentuai dan peralatan jentera ladang lain.
BIJI benih padi boleh disebarkan melalui jentuai dan peralatan jentera ladang lain.
RELAI sebelum waktu.
RELAI sebelum waktu.
PENGURUS Besar MADA Fouzi Ali memantau tumbesaran padi.
PENGURUS Besar MADA Fouzi Ali memantau tumbesaran padi.
Oleh Mohamad Hussin

Rupanya seperti pokok padi. Tidak hairanlah pesawah gagal membezakan padi angin dengan benih padi yang mereka tanam di petak sawah.

Bagaimanapun, apabila berbuah, ia masak lebih cepat daripada padi yang ditanam selain mudah gugur sebelum pokoknya tumbang dan merosakkan pokok padi, sekali gus mengurangkan hasil tuaian.

Tumbuhan itu juga boleh menyebabkan kerugian hasil kerana padi yang sepatutnya dituai relai terlebih dahulu antara 10 hingga 20 hari sebelum matang.

Masalah padi angin membelenggu pesawah kerana menyebabkan hasil tuaian merosot, sekali gus menjejaskan industri padi negara.

Dalam sektor pertanian, padi angin merujuk kepada rumpai berbahaya kerana sukar dikesan disebabkan ia menyerupai padi sebenar.

Tumbuhan itu boleh menyebabkan kerugian hasil kerana padi yang sepatutnya dituai relai terlebih dahulu antara 10 hingga 20 hari sebelum matang.

Apabila 30 peratus tanaman diserang padi angin, kerugian hasil dianggarkan antara 50 hingga 60 peratus dan kerugian keseluruhan lebih banyak jika serangan lebih teruk.

Biji padi angin yang bercampur dengan hasil tuaian pula boleh menjejaskan kualiti hasil jika terdapat padi angin yang berpigmen.

Ciri-ciri lain padi angin ialah tumbuh dengan cepat, matang awal daripada varieti yang ditanam, bijinya mudah relai, mempunyai jejanggut yang panjang, warna selepas dikupas berwarna merah.

Tempoh dorman (berehat atau tidak aktif) biji benih yang berubah menyebabkan masalah serangan pada tanaman berikutnya.

Kaedah kawalan padi angin ialah benih padi yang digunakan mestilah bebas daripada pencemaran biji benih padi angin selain menggunakan biji benih berkualiti (benih sah) dari sumber yang diketahui.

Biji benih padi angin boleh disebarkan melalui jentuai dan jentera ladang lain. Mesin ladang mestilah dibersihkan jika dibawa masuk dari kawasan bermasalah padi angin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:01 AM