KEMBAR yang berkongsi jantung, paru-paru dan perut.
KEMBAR yang berkongsi jantung, paru-paru dan perut.
Agensi

New Delhi: Seorang wanita yang melahirkan kembar siam lelaki diberitahu dua anaknya itu kemungkinan tidak hidup lama.

Kembar yang dilahirkan di hospital di Kanpur, utara India itu mempunyai dua kepala, tetapi berkongsi badan.

Anita Kumar, 30, berkata, hatinya luluh selepas melahirkan anak yang disifatkannya tidak ubah seperti makhluk asing.

Kembar seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan 16 Januari lalu. Kepala, leher dan tulang belakang mereka berasingan, tetapi kedua-duanya berkongsi jantung, perut serta paru-paru.

Doktor di hospital itu, Rishi Rajput berkata: “Sukar untuk mereka hidup. Jantung mereka terlalu lemah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 7:21 AM