TUQA dan Yakeen.
TUQA dan Yakeen.
Agensi

Riyadh: Sepasang kembar siam perempuan yang melekat di bahagian kepala akan dipisahkan dalam satu pembedahan penuh berisiko.

Kembar berkenaan, Tuqa dan Yakeen Al Khadr, dilahirkan empat tahun lalu, berkongsi tempurung kepala, tetapi tidak otak -yang dikenali sebagai kembar kraniopagus iaitu fenomena yang cuma berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran.

Pada hujung minggu ini, kanak-kanak perempuan itu akan dipisahkan dalam satu pembedahan di Hospital Khas Kanak-Kanak di Riyadh dengan kos dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.

Pembedahan itu yang keempat dan peringkat terakhir yang dilakukan ke atas kembar dari Syria itu.

Kembar berkenaan sudah melalui pembedahan persediaan sejak April 2014 dan jurucakap Bandar Perubatan Raja Abdullah (KAMC) berkata, semua usaha merawat mereka menunjukkan perkembangan menakjubkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 7:29 AM