IRA bermain dengan Mickey.
IRA bermain dengan Mickey.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Biasanya kucing bengal, iguana, tikus Belanda atau ular albino dijadikan haiwan peliharaan eksotik segelintir wanita bekerjaya tetapi berlainan kepada seorang penyampai radio tempatan yang terkenal dengan panggilan Ira Fatiran dari Manis FM apabila memilih seekor anak kera sebagai haiwan kesayangannya.

Uniknya hubungan di antara Ira dengan anak kera yang dipanggil Mickey itu kerana anak kera berusia tiga bulan itu ditatangnya hingga haiwan terbabit tidak boleh berenggang dengannya.

Ira berkata, kera itu dilayan seperti bayi dan keletah anak haiwan itu mirip menjaga seorang bayi yang manja dan akan menangis setiap kali berjauhan dengannya terutamanya apabila dia terpaksa meninggalkan kera itu di kampungnya di Pasir Mas, Kelantan kerana tuntutan kerja di sini.

“Saya terpaksa keluar melalui pintu belakang setiap kali ingin meninggalkan Mickey bersama ibu di kampung, jika tidak ia akan meluru ke arah saya dan bergayut di lengan atau kaki kerana tidak mahu berpisah.

“Sikap manjanya menyebabkan Mickey seolah-olah seperti anak sendiri, saya menyusukannya menggunakan botol fomula, memakaikannya lampin pakai buang bagi mengelakkan ia membuat najis merata tempat, malah mendodoinya sebelum tidur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:32 AM