Polis Indonesia di kawasan perniagaan di Thamrin, Jakarta. FOTO Reuters
Polis Indonesia di kawasan perniagaan di Thamrin, Jakarta. FOTO Reuters
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Jakarta, Indonesia hari ini kerana ia mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai negara jiran, Malaysia melahirkan rasa simpati dan takziah buat ahli keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera dalam serangan berkenaan.

"Komuniti antarabangsa turut mengutuk serangan bom berkenaan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 6:34 PM