PEMAIN Rumah Mahkota meraikan kejayaan mereka.
PEMAIN Rumah Mahkota meraikan kejayaan mereka.
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

[email protected]>

Kuala Terengganu: Rumah Mahkota menebus kekecewaan di tangan Rumah Paduka tahun lalu apabila mengungguli Kejohanan Merentas Pantai SMK Sultan Sulaiman( SMKSS ) Edisi 2016 yang berlangsung semalam.

Rumah Mahkota mengetepikan saingan Rumah Paduka apabila peserta mereka tampil lebih mantap berbanding ketika dikecewakan musuh serupa tahun lalu.

Dengan mata keseluruhan 589, Rumah Mahkota dinobatkan sebagai juara dan mengalahkan Rumah Paduka yang sekadar memperoleh 497 mata. Tempat ketiga disandang Rumah Laksamana diikuti Rumah Indera.

Mengulas kejayaan Rumah Mahkota, Ketua Guru Penasihatnya, Muhammed Zainul berkata, kejayaan anak buahnya dalam kejohanan kali ini banyak disumbang semangat untuk menebus kekecewaan tahun lalu.

“Saya sentiasa meniupkan semangat kepada atlet rumah Mahkota supaya mereka tidak lagi dikecewakan pasukan lain. Selain itu, komitmen semua guru yang membimbing Rumah Mahkota turut memainkan peranan dalam kejayaan ini.

“Begitupun, selepas ini, kami akan bertanding dalam Kejohanan Sukantara dan Balapan serta Padang yang bakal diadakan pada awal Mac nanti,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Khas Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu Ah
mad Saufi Mohd Ghazali mewakili Datuk Mohd Sabri Alwi. Turut hadir, semua guru pengurusan dan peserta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 10:04 AM