Oleh Norasikin Daineh


Tawau: Seorang pegawai dan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ditahan bersama tiga wanita lain selepas didapati memiliki 17 pil ecstacy dan satu pil erimin5 di apartment di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan itu dibuat Kira-kira 1 tengah hari selepas pihaknya menerima maklumat daripada risikan.

“Serbuan berjaya menahan lima individu berusia antara 17 hingga 30 tahun dan dua daripadanya adalah anggota PGA Tawau.

“Hasil pemeriksaan turut berjaya menemui 17 pil esctasy dan satu pil erimin 5 dengan berat 7.8 gram dipercayai untuk kegunaan sendiri," katanya ketika dihubung, hari ini.Ž

Fadil berkata, ujian saringan air kencing semua individu terbabit didapati positif dadah.

“Dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM900 bagaimanapun kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 5:26 PM