SENJATA yang ditemui.
SENJATA yang ditemui.
Oleh Norasikin Daineh


Lahad Datu: Tujuh senjata dan peluru ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) tertanam di dalam tanah di kawasan Kampung Tanduo, semalam.‎

Antara senjata yang ditemui termasuk dua senjata api M14 dan lima pistol bersama sejumlah peluru dan gari.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, hasil maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota PGA menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit menemui senjata yang sudah dalam keadaan berkarat.

"Hasil pencarian di kawasan berkenaan, kira-kira 1 tengah hari, menemui pelbagai jenis senjata bersama sejumlah peluru di dalam karung tertanam di tanah.

"Semua senjata api dan peluru yang ditemui sudah dalam keadaan berkarat dan tidak boleh digunakan itu dipercayai berkaitan kes pencerobohan Lahad Datu dua tahun lalu," katanya ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, ‎semua senjata api terbabit diserahkan kepada Balai Polis Cenderawasih untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 11:08 AM