ABDUL Rashid Harun. FOTO arkib NSTP
ABDUL Rashid Harun. FOTO arkib NSTP
Norasikin Daineh


Tawau: Banduan yang melarikan diri di Mahkamah Tawau pada Selasa lalu diberkas semula di kawasan ladang di Lahad Datu awal, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, banduan terbabit ditahan pada 1.45 pagi tadi menerusi Ops Cantas Khas yang dilakukan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

"Dalam kejadian Selasa lalu pada 5.40 petang, suspek Mohd Faizal Iman, 36, yang dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan bertindak melarikan diri ketika masuk ke dalam trak di kawasan mahkamah.

"Ekoran kejadian itu, operasi mengesan suspek dilakukan. Suspek ditahan di kawasan ladang serta merampas sebuah telefon bimbit serta simkad," katanya dalam sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Abdul Rashid berkata, kes terbabit membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari dari tahanan yang sah.Ž

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 1:20 PM